honey

honey

Friday 3 August 2012

puree for Arissa

Salam Ramadhan ke-13 kawan2 :)


pic from google..lebih krg cmni la rupa puree ibu buat smlam

Semalam buat puree kat Arissa... 1st time buat and letak ayam memandangkan Arissa dh masuk 8 bulan today, 3rd August 2012. So Arissa dah bleh amik protein...sebelum ni tak berani nk bg ayam awal2 sbb kulir Arissa sensitif..cepat naik ruam and gatal2...tapi smlam bg dia makan puree ade ayam tu, ok je la..lena plak tidurnya..Alhamdulillah...

Nak kongsi resepi puree, pic plak x snap..aiyaa..sbb time tu dh dekat time nk berbuka..bz prepare puree sambil2 hidangkan lauk berbuka..puree tu siapkan sblum berbuka sbb Arissa mesti nk makan bila tgk kitorg mkn time berbuka tu..so ready food dia awal2..anak ibu suka makannnn!!!! huhu~

Resepi 1st Puree:

Bahan2:
-Sebiji kentang
-Separuh btg carrot
-Separuh epal merah
-Separuh tomato
-Seketul ayam 
-2 tangkai Daun sup
-Seulas bawang putih

Cara2 penyediaan puree:

-Cuci semua bahan di atas hingga betul2 bersih.
-Kupas kulit kentang, carrot dan epal.
-Potong dadu kentang, carrot, epal dan tomato.
-Hiris isi ayam nipis2.
-Hiris daun sup (x perlu terlalu kecik)
-Racik bawang putih
-Panaskan 200ml air di dlm periuk kecil, masukkan ayam.
-Reneh hingga mendidih, tandanya ayam dah masak, then masukkan kentang/carrot/epal/tomato/bwg putih.
-Masak hingga lembut dan tutup api. [Pastikan api perlahan semasa memasak puree, to avoid all the vits in those food from destroy]
-Biarkan sejuk sebentar. Masukkan daun sup, kacau.
-Kisar bahan yg dimasak hingga halus.
-Kemudian tapis
-Bahagikan puree ke dlm bekas2 kecil utk disimpan dlm freezer-stok beberapa hari-maybe dlm 3-4 hari

Rasanya sedap, ada manis epal, rasa ayam lagi..mmg sedap..anak pon suka...nice color...orange greenish..kesian Arissa sblom ni bagi dia makan cerelac beras yg ada mcm2 jenis tu je..sbb ayah Arissa tak bg ibu buat bubur lagi...takut anak elergic fresh food..

-6 months: cerelac Rice and milk
-7 months: cerelac Rice and vege + cerelac Rice and fruits

So 8 months ni baru aku nk start masak utk Arissa..happy eating dear!!! and also slamat menggodek resepi baby solid food for me!!! hehehe~

No comments:

Post a Comment

:)