honey

honey

Monday 9 May 2011

Besdayku yg paling berharga...8 Mei 2011.

Salam sayang semua...

Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik dan masih dipanjangkan umur yg dh menginjak ke angka 27...bersyukur dgn kebahagiaan yg smakin menyubur mekar dek gubahan indah bernilai dari Yang Esa..Sgt2 bersyukur walaupon masih sedih dgn pemergian abah tersayang...
kekadang ku terfikir apalah kebaikan yg dah kulakukan di dunia ini sehinggakan ku dikurniakan suami sebaik Azrul Afandi Ahmad...merenung ke wajahnya saja dh buatkan hatiku terasa tenang, hening dan penuh bahagia...siapakah dia? utusan dari syurgakah? aku benar2 bersyukur kepada Allah..terima kasih Allah...kerana menyempurnakan hidupku, insan yg maha kerdil, kdg2 alpa dgn nikmat dunia, moga diampunkan dosa2 ku ini...
Mengambil keputusan utk berkahwin dgn suamiku kini, adalah sesuatu keputusan yg tepat yg pernah kubuat selama hidupku...semasa dlm tempoh bertunang, ya Tuhan, banyak betul dugaan darinya..tapi aku cuba kuatkan hati ini kerana entah dari mana datangnya kekuatan hati yg begitu tegar mengatakan dia adalah jodoh aku dan aku mesti kuat menahan dugaan yg memanah dari pelbagai arah..akhirnya kami berjaya disatukan dgn majlis yg Alhamdulillah, sgt2 meriah sehingga dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis...majlis yg kuaturkan sendirian, kuilhamkan sepertimana yg kuidamkan...semuanya berjalan lancar dan mudah...kerana setiap keikhlasan ada ganjaran olehNya...pasti..
Di ulangtahun kelahiranku yang ke-27, pertama kali celebrate dgn suami kerana tahun pertama aku bergelar isteri, aku dikejutkan dgn birthday party yg tak kusangka...dgn sanak saudara sebelah suami yg ramai, disebabkan malam 7 Mei tu ada keramaian keluarga, BBQ Nite di rumah nenek..diorg dh berpakat rupanya..aku lgsung tak harapkan apa2 sbb aku tak pnah pon sambut besday sebelum ni, x pnah ada besday party pon utk aku sblum ni...kecik2 dulu adalah arwah abah beli kek..bila dh masuk sekolh mngah tu tade dah...
Malam 7 Mei tu..tgh2 layan BBQ..makan2 dlm umah nenek hubby ramai2, tetiba sepupu switch off lampu. aku ingat dia tersalah suis, buat taktau je lah. Tetiba tgh2 gelap tu, diorg ramai2 nyanyi "Happy Birthday" utkku..saat tu aku aku tercari2 suamiku..suasana yg gelap tetiba diterangi dgn cahaya lilin kek dr arah blakangku..suamiku bawa kek yg penuh lilin, sbb aku dh masuk 27, so 2 lilin besar, 7 lilin kecik..hehehhhh...
Ya Allah, saat itu aku benar2 terharu, rasa nk nangis peluk hubby je time tu tapi tahan je sbb ramai sgt sdara mara..sepupu sepapat yg kecik2 semua dh tadah piring nak kek, berduyun2, aku terlalu happy time tu...sekejap je kek licin..hhehe..smpai aku x sempat snap pic..tapi ade sepupuku yg snap pic mlm tu..nntilah aku amik kat dia..Kat kek tu, hubby tulis Happy Birthday and Happy Mother's day Hawanie...bahagianya aku...saat pertama kali aku sambut ulangthn hari lahir bestatus isteri, saat ini juga kukendong benih suamiku yg dah pon berusia 2 bulan...ternyata suamiku menghargai diriku...terima kasih abg..syg tak penah mengharapkan harta benda, cukupla sekadar kasih syg dan perhatian dari abg..tapi abg dh beri lebih dari itu...terima kasih atas setiap pengorbananmu..andai abg terbaca coretan hawa di sini, sedarilah yg hawa terlalu menyintai abg...lebih dari hawa menyintai diri sendiri...percayalah..hanya kau yang satu kini dan selamanya..........semoga dipanjangkan usia kita, agar lebih lama mengecapi bahagia bersamamu....aminnnnn.....

No comments:

Post a Comment

:)